Tuesday, February 8, 2011

Santapan Hati~





Pernahkah kita terfikir, di mana kebanyakan daripada kita kerap mencuci wajahnya..Bahkan tidak pernah terlupa ketika sebelum tidur~
Tetapi, berapa ramaikah di antara kita yang sering mencuci Hatinya setiap hari, setiap minggu ataupun SEKALI SETAHUN?? 
Hati juga memerlukan penjagaan yg rapi.. bukan sahaja luaran... Kesucian hati melambangkan Kemurniaan Jiwa... 




Lisan yg didorong dan dikendalikan oleh kekuatan iman 
akan menghasilkan mutiara-mutiara kata 
yang di dengar dan memancarkan kebenaran...


Rasulullah S.A.W pernah bersabda yg bermaksud :
"Rebutlah peluang 5 perkara sebelum datang 5 perkara"
Masa muda sebelum tiba masa tua,
Masa sihat sebelum tiba masa sakit,
Masa lapang sebelum iba masa sibuk,
Masa kaya sebelum tiba masa miskin,
dan masa hidup sebelum datang masa mati.


Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi...
kerana di sebalik kerinduan itu, tersimpan kenikmatan 
yang paling indah dan sangat sukar untuk diungkapkan
dengan  kata-kata, 
hanya jiwa yang beriman dalam meneguh makrifatullah
yang dapat merasakan betapa sucinya
jiwa yang mahmudah~


doc ada terbaca satu doa semasa menonton video "don't be sad"
Doa pada saat kita mahu meminta pertolongan daripada-Nya. 
Janganlah kita sesekali bersikap EGOIS terhadap Allah S.W.T. 
Kerana segala kesukaran, InsyaAllah.. Jika kita  ikhlas dalam 
meminta pertolongan daripada-Nya...
akan dipermudahkan segala urusan...Yakinlah~

  

" Ya Allah... Betapapun ku lukiskan keagungan-Mu dengan deretan huruf, kekudusan-Mu tetap meliputi semua arwah..Engkau tetap Yang Maha Agung, sedang semua makna, akan lebur, mencair, di tengah keagungan-Mu, wahai Rabku...

Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikanlah kesedihan itu awal kebahagiaan, dan sirnakanlah rasa takut ini menjadi rasa tenteram...

Ya Allah, dinginkan panasnya  kalbu dengan salju keyakinan, dan padamkanlah bara jiwa dengan air keimanan...

Wahai Rabb, anugerahkanlah pada mata yang tidak dapat terpejam ini rasa mengantuk dari-Mu yang menteteramkan. Tuangkanlah dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian. Dan ganjarlah dengan kemenangan yang nyata...

Ya Rabb, tunjukkanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahaya-Mu. Bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalanMu yang lurus. Dan tuntunlah orang-orang yang menyimpang dari jalan-Mu, rapat ke Hidayah-Mu...

Ya Allah, sirnakanlah keraguan terhadap fajar yang pasti datang dan memancar terang dan hancurkan perasaan jahat dengan secercah sinar kebenaran. Hempaskan semua tipu daya syaitan dengan bantuan bala tentera-Mu...

Ya Allah, sirnakanlah dari kami rasa sedih dan duka. Dan usirlah kegundahan dari jiwa kami semua. Kami berlindung kepada-Mu daripada setiap rasa takut yang mendera.

Hanya kepada-Mu kami bersandar dan bertawakal. Hanya kepada-Mu kami memohon, dan hanya kepada-Mu lah semua pertolongan.. Cukuplah Engkau sebagai pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik pelindung dan Penolong..."